Tuesday, September 1, 2009

Pantai Bukit Keluang..pantai yang indah..

Mesti anda jarang mendengar nama tempat ini kan? Untuk pengetahuan anda Bukit Keluang kini telah menjadi salah satu tempat peranginan pilihan keluarga ketika musim cuti sekolah.










Pantai ini terletak dalam daerah Besut, Terengganu berdekatan dengan Maktab Perguruan Sultan Mizan. Jaraknya adalah 140 km ke utara Kuala Terengganu. Ia sangat cantik, airnya jernih dan tidak bahaya untuk mandi manda.



























Berhampiran dengan pantai itu terdapat gua batu kapur .Tapi saya tidak berani masuk kerana gelap sangat.Hehe..Kepada sesiapa yang minat adventure dan explore something, boleh lah bawa lampu suluh kat kepala untuk meninjau keadaan dalam tu. I think it would be interesting!
























Selain daripada pantai, terdapat juga satu kawasan di timur pantai, iaitu kawasan tanjung yang mencadi tumpuan utama para pemancing. Tempat itu sangat indah sehingga ada rasakan anda berada di pulau Mauritius!! Airnya sangat jernih sehingga anda dapat melihat ikan-ikan di dasarnya sedang berenang bebas.


































































Saya bukan nak iklan, tapi just nak share pengalaman mengunjungi tempat itu kerana saya selalu pergi ke Bukit Keluang untuk melepaskan tension belajar especially sekarang , tension nak exam.Hehehe..Apa-apapun kepada sesiapa yang berkunjung ke Terengganu terutamanya Besut, jangan lupa singgah di Bukit Keluang ye. Jika nak bermalam pun boleh kerana ada resort siap dengan kolam renang terdapat di situ.








































Beware! =)










from : http://meniti-impian.blogspot.com/2009/05/pantai-bukit-keluang-besut-terengganu.html