Thursday, January 28, 2010

Kesabaran ada hadnya..


Sabar..sabar..hanya tu je yang aku bleh cakap untuk diri aku bila ada orang cuba menyakiti hati aku..
Awal-awal aku malas nak fikir pasal ni coz i think this is only a small matter
Kalau ada orang mintak tolong, aku tolong dengan seikhlas hati
Aku tak minta duit atau hadiah sebagai balasan
aku cuma minta untuk dihargai
aku cuma minta untuk tidak disakiti
tapi apakan daya, orang ni macam-macam ragam
bila perlukan kita, bukan main berbuat baik dengan kita
tapi bila problem dah settle, dengan senang hatinya menyakiti hati kita tanpa fikir yang kita ni manusia biasa, punya hati dan perasaan
tapi x pe..aku still boleh sabar coz aku jenis yang menghargai kawan,bukan yang jenis mudah lupa kawan
aku tak nak benda sama terjadi macam tahun lepas
dat's y aku masih bersabar & bertahan
coz aku tahu ini just ujian yang kecil dari Allah
ujian berkaitan kawan yang tak tahu nak menghargai kawan
aku tak nak jadi macam budak2 sekolah yang hanya bergaduh pasal benda2 kecik
aku ni dah dewasa, dah boleh fikir mana yang baik & mana yang buruk
tapi bila hampir setiap masa hati aku disakiti tanpa aku tahu sebabnya
sampai satu tahap aku jadi lemah, aku jadi hilang semangat, hatiku sakit sangat
apa lagi yang menyakiti hati aku tu orang yang paling aku percaya & sayangi
orang yang selalu aku bantu bila dia dalam kesusahan
orang aku selalu turutkan segala kemahuannya demi menjaga hatinya
orang yang aku ikhlas berkawan dengannya
tapi kenapa hati aku selalu disakiti?
yang lebih teruk, bila masa silamku dijadikan senjata untuk menyakiti hatiku..
sedih, kecewa & terkilan, itulah perasaanku ketika itu
tapi susah untuk aku luahkan dalam bentuk kata-kata
I'm not perfect, but y they can't accept me as myself?
setiap orang mempunyai personaliti berbeza rite?
jika kita boleh terima personality dia yang macam tu, y not u?
kerna aku tau,bila aku luahkan perasaan aku, dia pasti fikir aku bukan-bukan
apa yang aku bleh buat sekarang
berdiam diri & pekak kan telinga
aku perlu menjauhkan diri darinya buat sementara waktu & mengubati luka yang semakin parah di hatiku
biar lah orang nak kata apapun padaku
biarlah orang nak kata aku selfish, mudah lupa kawan or budak jahat sekalipun
yang pasti Allah itu Maha Mengetahui
Dia Mengetahui mana yang Benar dan mana yang Batil
Aku tahu Allah itu Maha Adil.....
Setiap umpatan yang diterima akan memberi pahala padaku
InsyaAllah...
Yang penting sekarang aku perlu lebih fokus pada proIII yang akan berlangsung dalam masa 2 bulan lagi
Aku perlu lupakan semua ini coz perkara ini hanya cuba merosakkan masa depanku
Ya Allah tabahkanlah hati hambaMu ini dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang makin mengancam
Permudahkanlah segala urusanku..
Janganlah Engkau membiarkan kami sendirian tanpa rahmatMu
Cucurilah kami dengan rahmatmu
Berkatilah segala urusan yang kami lakukan
Jauhilah kami dari api dengki daripada orang yang mendengki
Jauhilah kami daripada kejahatan makhlukmu
Jauhilah kami daripada malapetaka...

Amin...





Gratisan Musik

No comments:

Post a Comment

Just share what you think..tq