Welcome Glitter Graphics

Friday, August 14, 2009

Hasil Bedah siasat Michael Jackson Mengejutkan !!


LOS ANGELES, 30 JUN 2009: Akhirnya, keputusan bedah siasat Raja Pop Dunia, Micheal Jackson (MJ) telah terbocor kepada pihak media di Barat dan ia menunjukkan hasil yang mengejutkan.


Antaranya, rambut MJ dikatakan hampir botak dan dia terpaksa memakai rambut palsu. Tubuhnya terlalu kurus dan perutnya hanya dipenuhi dengan pelbagai jenis pil yang sudah larut. Berat tubuhnya hanya 51.8 kilogram dan ia berada di bawah berat badan ideal bagi lelaki setinggi 180 sentimeter.


Selain itu, peha, pinggul dan bahu MJ dilaporkan dipenuhi banyak kesan jarum dipercayai akibat daripada suntikan ubat penahan sakit.


"Rambut beliau banyak yang sudah gugur dan badannya terlalu kurus. Sebelum mati, MJ tidak menjamah makanan langsung dan hanya makan pil saja," memetik kata sumber.


Difahamkan, ada 4 suntikan yang masih baru di sekitar jantungnya. Ia kemungkinan disebabkan doktor mahu mengepam adrenalin ke dalam jantungnya untuk menyelamatkan nyawa manakala 3 suntikan itu telah merosakkan dinding jantungnya.


Beberapa tulang rusuk MJ patah ketika usaha menyelamatkannya dan ada kesam lebam misteri di bahagian lutut dan tulang kering.


Kesan parut turut dikesan di bahagian telinga kirinya yang dipercayai kesan daripada kemalangan sewaktu dia membuat penggambaran iklan Pepsi pada 1984. Waktu itu rambut MJ pernah terbakar.


Terdapat 13 parut dikesan daripada pembedahan kosmetik. Namun pembedahan rawatan kanser kulit di dada MJ berjaya dan lukanya bebas jangkitan kuman.


Keluarga MJ dikatakan tidak berpuas hati dan meminta agar bedah siasat kedua dilakukan kerana bedah siasat pertama tidak menunjukkan tanda-tanda MJ meninggal dunia kerana perbuatan khianat.

petikan dari www.murai.com.my

p/s : aku baru terbaca pasal ni..kesian michael..haiiii..kepada semua manusia di luar sana..bersyukurlah dengan apa yang ada..ish ish

3 comments:

  1. Betul2 bersyukur lah kita dengan apa yg ada...Saya sedikit musykil lah betul ke MJ ni muslim?

    ReplyDelete
  2. x tahulah..alah kalo dia muslim pun kalo die wat benda2 haram..macam bukan muslim laa..huhu

    ReplyDelete
  3. tu lah pasal..
    Hanya Allah yg tahu kan

    ReplyDelete

Just share what you think..tq